Sunday, 20 December 2015

GARIS PANDUAN KEPADA SAINTIS DALAM MELAKSANAKAN SESUATU UJIKAJI

  • Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi'i
  • Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir
  • Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
  1. firman Allah yang bermaksud :
"tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.

KITAB YANG MENJADI SUMBER PELBAGAI CABANG SAINS / TEKNOLOGI

  • Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
  • Bukti-bukti ayat-ayat al-Quran, antaranya ;
  1. Firman Allah yang bermaksud :
"dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanannya ialah langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan"
 

Tuesday, 15 December 2015

MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI

  • Memberi galakan dalam membina teknologi.
  • Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.
  • Bukti-bukti dalam ayat al-Quran
1. Firman Allah yang bermaksud :


"dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianayai". (Surah al-Anfal : 60)
2, Firman Allah yang bermaksud :
"dan kami mengejar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?" (
Surah al-Anbiya : 80)

PANDUAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI

  • Al- Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
  • Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbuk yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Surah Rum : 41)


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MENCAPAI FAKTA DAN BUKTI KE ARAH KEBENARAN

  • Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
  • Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kearah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
  • Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejurutureaan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.
  • Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teory) , ada yang percaya kepada teori keadaan yang tidak berubah (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala tidak berubah.
  • Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya :
  1. Firman Allah SWT yang bermaksud :
"sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu."Jadilah engkau!".Maka ia terus menjadi. "(Surah Yaasin : 82)




KESIMPULAN
  • WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS (ILMU) SAINS (ILMU)

  • PERANAN AL  - QURAN DALAM SAINS & TEKNOLOGI :
  1.  KITAB SUMBER SAINS KEPADA  MANUSIA YANG DINUKILKAN OLEH  PENCIPTA ALAM DAN MANUSIA
  2.  KITAB YANG MENJADI PANDUAN  DALAM PENGHASILAN TEKNOLOGI YANG DIPERLUKAN OLEH MANUSIA
  3.  KITAB YANG MENGGALAKKAN  KAJIAN PERANAN AL QURAN DALAM  SAINS DAN TEKNOLOGI SAINS